Masalah komponen sensor kelajuan : 65 unit Honda CB350RS terlibat kempen panggil balik

2275


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi sebanyak 65 unit Honda CB350RS terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.

Kempen panggil balik bagi model yang dilancarkan Jun lalu itu susulan isu komponen sensor kelajuan roda yang menyebabkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS), kawalan traksi dan meter had laju tidak tepat.





Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Boon Siew Honda Sdn Bhd bagi temu janji pemeriksaan (atau pemilik kenderaan turut dibenarkan secara walk-in ke mana-mana pusat servis yang berhampiran di seluruh negara).

“Untuk makluman, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar.

“Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan model yang terlibat adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” tulisnya.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here