Jentera touring Souo S2000 debut dengan enjin 8 silinder, 154 hp!

82

Great Wall Motors baru sahaja melancarkan motosikal pertama yang dikenali sebagai S2000 (bukan Honda) dibawah jenama baharu Souo.

Souo S2000 direka untuk bersaing dengan Honda Goldwing, menampilkan enjin bentangan rata lapan silinder 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 8-kelajuan.



Jentera ini mampu menjana kuasa setinggi 154hp dengan kelajuan maksimum 210kmj.

Souo S2000 membawakan rupa paras yang mengingatkan kita kepada jentera touring Honda, lengkap dengan kotak pannier kiri dan kanan, serta struktur pelana pembonceng yang lebih selesa.

Antara kelengkapan lain termasuklah sistem brek Brembo, skrin 12.3 inci dengan sokongan kemaskini OTA, penderia parkir belakang, bar hendal dengan sistem pemanas, cermin penghadang angin boleh laras, pemanas tempat duduk serta sistem bunyi dengan lapan pembesar suara.

Harga jualan di pasaran China bermula dari CNY 218,800 (RM134,818).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here