MBM lancar enam model serentak, G63 FL, GLE63, SL63 serta GLC350e dan GLC43 Coupe

70

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan bukan satu namun enam model sebelum tahun 2024 menutup tirai.

Model tersebut adalah :

  • Mercedes-AMG G 63 : RM1,948,888
  • Mercedes-AMG SL 63 4MATIC+ : RM1,898,888
  • Mercedes-AMG GLE 63 S 4MATIC+ Coupe : RM1,229,888
  • Mercedes-AMG GLE 63 S 4MATIC+ : RM1,191,888
  • Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coupe : RM425,888
  • Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe : RM498,888

Bagi anda yang ingin melihat dengan lebih dekat kesemua model boleh kunjungi Cycle & Carriage Bintang Autohaus di Mutiara Damansara pada 5 hingga 10 November. 



Anda juga berpeluang memandu uji model AMG yang lain seperti SL43, C63S E Performance dan CLA45S.

GLC350e

GLC350e Coupe plug-in hibrid merupakan alternatif kepada model standard GLC350e. Ia  dijana oleh enjin 2.0 litre turbo (204 PS/320Nm) dan motor elektrik (129PS/440Nm).

Output keseluruhan adalah 313PS dan tork 550Nm dan menggunakan bateri 31.2kWh. Jarak pemanduan elektrik yang ditawarkan adalah sehingga 131km (WLTP).

GLC43

Kemudian, Mercedes-AMG GLC43 4Matic+ Coupe menggunakan enjin prestasi 2.0 liter yang diambil daripada A45S. Ia menghasilkan kuasa 421PS dan tork 500Nm.

Lalu ia dipadankan dengan mild hibrid 48 volt (14PS/150 Nm) dengan BSG. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.8 saat.

G63

Pasaran Malaysia turut menerima G63 bagi menggantikan model W464 sedia ada.

Ia masih lagi menggunakan enjin 4.0 liter turbo berkember V8 berkuasa 585PS dan tork 850Nm bersama BSG (20 PS/200Nm). G Wagon itu hanya mengambil masa 4.3 saat untuk mencapai kelajuan 100kmj daripada pegun.  

GLE63S

Versi facelift GLE63S 4Matic+ dan GLE63S 4Matic+ Coupe pula menggunakan enjin 4.0 liter V8 biturbo yang menghasilkan kuasa 612PS dan tork 850Nm. Enjin ini dijana melalui Generator Penghidup Bersepadu (ISG) dan sistem elektrik 48 volt.

Enjin yang berkuasa membolehkan ia memecut daripada 0-100kmj dalam tempoh 3.9 saat dengan kelajuan maksimum 280kmj.

SL63

Akhir sekali adalah SL63 4Matic+ yang menggunakan enjin AMG 4.0-liter V8 biturbo dengan kuasa 585hp dan tork 800Nm.

Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 315kmj. Ia dipadankan dengan suspensi AMG Active Ride Control dengan penstabilan anti olengan aktif, transmisi AMG Speedshift MCT 9G dan stereng gandar belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here