Honda Malaysia memanggil balik kira-kira 36,000 unit model Civic, Civic Type R dan CR-V susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.
Model yang terlibat :
- Honda Civic (2022-2024)
- Honda Civic Type R (2023-2024)
- Honda CR-V (2024)
Kempen panggil balik itu melibatkan isu kotak gear stereng berkuasa elektrik (EPS). Roda ulir kotak gear EPS berisiko mengembang dan mengurangkan ketebalan filem gris, menyebabkan bunyi stereng yang tidak normal atau pengendalian yang tidak lancar.
Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan memberi jaminan model pengeluaran dan jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen panggil balik tersebut.
Susulan itu, pihak pengeluar akan menghubungi pelanggan yang terjejas menerusi surat makluman.
Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi pusat jualan Honda bagi membuat temujanji sebaik menerima surat bagi pemeriksaan kenderaan dan sebarang penggantian (jika perlu) dilakukan secara percuma.
Stok alat ganti akan tersedia secara berperingkat bermula Disember 2024.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau log masuk ke ‘productrecall honda’ atau hubungi pengedar sah Honda.