Lamborghini Urus laku keras, tempoh menunggu sampai 2026

112

Sebagai pahlawan papan kunci, anda boleh menaip apa sahaja kutukan dan kritikan terhadap SUV Lamborghini Urus.

Namun satu hakikat pahit yang perlu anda telan ialah ia merupakan model Lamborghini yang paling laris terjual.

Sangat laku keras sehinggakan tempahan yang dibuat dalam tempoh sekarang hanya akan dipenuhi pada tahun 2026.



Diperkenalkan awal tahun yang lalu, Lamborghini Urus SE dilengkapi dengan sistem plug-in hybrid (PHEV) yang terdiri daripada enjin V8 turbo berkembar 611 hp dan motor elektrik 189 hp menghasilkan kuasa keseluruhan 789 hp dan 950 Nm.

Selain Urus, Lamborghini Revuelto juga turut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, di mana tempoh menunggu supercar V12 PHEV itu kini melebihi jangka masa dua tahun.

Revuelto menampilkan enjin V12 6.5 liter yang dipadankan dengan tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 1,001 hp dan 807 Nm yang memacu semua roda (AWD).

Dengan tetapan PHEV itu tadi, Revuelto mampu memecut sepantas 2.5 saat dari pegun ke 100 km/j, dan bergerak dalam mod sifar emisi sejauh 10 km.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here