Ducati lancar Panigale dan Streetfighter enjin V2 baharu, 890cc, 120hp

80

Ducati merasmikan era baru untuk motosikal silinder berkembarnya dengan memperkenalkan Panigale dan Streetfighter V2 baharu.

Panigale V2 dan Streetfighter V2 baharu adalah paling ringan, menjadikan motosikal berprestasi tinggi yang menyeronokkan di trek atau di jalan raya.

Kedua-dua jentera itu menggunakan enjin 90° V2 baharu berseseran 890cc dengan kuasa maksimum mencecah 120hp. Berat enjin itu hanya 54.5 kg (-9.4 kg berbanding Superquadro yang digunakan sebelum ini).



Jika menggunakan enjin V2 baharu di trek,  ia boleh dipasang ekzos perlumbaan yang meningkatkan kuasa maksimum kepada 126 hp dengan pengurangan berat sebanyak 4.5 kg.

Ciri itu menjadikan jentera berkenaan lebih menyeronokkan untuk ditunggang, selain berat jentera hanya mencecah sehingga 176 kg. 

Selain itu, Panigale dan Streetfighter V2 terdapat 3 Mod Kuasa yang tersedia: Tinggi, Sederhana dan Rendah, pada 95 hp.

Pada masa sama, kedua-dua jentera itu menggunakan kerangka monokok ringan baharu. Turut dipadankan lengan ayun dua sisi diilhamkan dari Panigale V4 untuk menawarkan kestabilan apabila keluar selekoh.

Panigale V2 dan Streetfighter V2 dilengkapi dengan fork Marzocchi dan penyerap hentak Kayaba. Namun, varian V2 S menawarkan fork dan penyerap hentakan Öhlins serta bateri litium-ion untuk mengurangkan berat.

Untuk mengekalkan kestabilan ketika membelok dan pada kelajuan tanpa fairing, Streetfighter V2 menampilkan lengan ayun yang 30 mm lebih panjang daripada Panigale V2 dan peredam stereng Sachs sebagai standard.

Malah, ia menggunakan sistem brek hadapan Brembo terdiri daripada dua cakera 320 mm dan angkup monoblok M50.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here