Pengeluar kereta China Neta dilapor henti pengeluaran dan potong gaji pekerja

1274

Jenama Neta NEV keluaran syarikat Hozon Auto dilaporkan menghentikan pengeluaran di kilang Zhejiang dan memotong gaji pekerjanya susulan prestasi jualan merosot di China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhang Yong tidak lagi aktif mengemas kini blognya di Weibo dan TikTok sejak 14 Oktober lalu. 



Neta diasaskan pada 2018 oleh Hozon Auto sebagai pengeluar NEV arus perdana. Ia menghasilkan kereta elektrik (EV) mampu milik seperti Neta V.

Strategi itu membolehkan Neta mengatasi pembuat kereta lain seperti Li Auto, Nio dan Xpeng pada 2022, dengan volum tahunan melebihi 150,000 unit penderaan.

Ketika itu, Neta memutuskan untuk meneroka pasaran premium dengan melancarkan model canggih daripada segi teknikal pada harga yang lebih tinggi.

Barisan model semasanya iaitu Neta Aya (Neta V II), Neta X, Neta GT, Neta L, Neta S dan Neta S Hunting.

JUALAN TERUS MENURUN DI CHINA

Bagaimanapun, keputusan berada di kelas lebih atas nampaknya sukar buat Neta. Jumlah jualannya terus menurun di China.

Dari Januari hingga September 2024, Neta menjual 53,853 unit kenderaan dalam negara, iaitu kurang 30 peratus daripada sasaran jualan tahunan.

Malah, Neta yang kini berdepan masalah tidak berkongsi rekod jualan Oktober yang mana sebelumnya pihak syarikat mengumumkan prestasi jualan bulan sebelumnya akan dimaklumkan pada hari pertama bulan berikutnya.

Menurut sumber industri, Neta hanya menjual 4,500 unit kenderaan pada bulan Oktober, iaitu penurunan 40 peratus bulan ke bulan.

Faktor penyumbang kepada situasi tersebut adalah Neta menghadapi masalah penghantaran dengan wagon Neta S Hunting.

Sumber manyatakan, Neta tidak dapat membuat penghantaran varian S Hunting Pro kerana aksesori yang hilang. Model Neta lain juga menunjukkan prestasi jualan yang lemah.

Media China, DoNews melaporkan kilang Tongxiang di Zhejiang menghentikan pengeluaran selama setengah bulan. 

Kilang tersebut merupakan kemudahan pemasangan utama crossover Neta L dengan jumlah pengeluaran yang dirancang sebanyak 200,000 unit. 

Tahun ini, Neta dilaporkan memotong gaji pekerjanya. Pada bulan Oktober, beberapa pekerja Neta mendakwa syarikat gagal membayar gaji bulan sebelumnya tepat pada masa kerana berhutang dengan pembekal.

Pada masa yang sama, gaji kakitangan berpangkat tinggi dipotong sehingga 30 peratus. Dalam maklum balas rasmi pada 31 Oktober, Neta berkata melancarkan pelan insentif ekuiti kakitangan penuh.

Ia akan mengambil 5 peratus daripada saham sebagai insentif kepada pekerja. Pelan gaji baharu diumumkan secara dalaman.

Kerugian bersih syarikat induk Neta Hozon Auto meningkat tahun demi tahun di China dari CNY 4.84 bilion (2021) kepada CNY6.67 bilion (2022) dan CNY 6.87 bilion (2023).

Neta mengalami jualan yang perlahan di China. Tetapi, jualan di luar negara boleh menjadi titik penjimatan bagi pengeluar China itu.

Neta telah memasuki beberapa pasaran di Asia Tengah, Asia Tenggara, Amerika Latin dan Afrika Selatan. Ia juga merancang untuk memasuki Eropah tetapi tarif EU nampaknya menjejaskan pelan tersebut.

Untuk makluman, Neta memiliki kilang di Thailand yang mula beroperasi pada November 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here