“Kalau nak saman cubalah nasib,” tuntutan ganti rugi RM1.3 juta nombor plat ‘Madani’,

12

“Kalau dia nak saman, cubalah nasib,” demikian reaksi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai tuntutan ganti rugi RM1.3 juta oleh seorang ahli perniagaan berhubung dakwaan hak cipta plat MADANI.

Beliau menegaskan kuasa untuk mendaftarkan sebarang nombor pendaftaran kenderaan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jelas dalam akta itu kuasa tersebut terletak di bawah bidang kuasa Menteri Pengangkutan.



Oleh itu, beliau berkata sebarang kelulusan berkenaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) adalah melalui Menteri Pengangkutan.

“Tidak timbul soal mana-mana pihak boleh hak cipta intelek terhadap sebarang nombor pendaftaran istimewa itu.

“Lagipun, kita sudah semak dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang boleh didaftarkan sebagai hak cipta ialah kertas kerja, bukannya nombor plat,” katanya. 

Anthony berkata, MOT akan memberi maklum balas terhadap tuntutan tersebut secara sewajarnya melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).

Selasa lalu, Pengarah Program Ilham Madani Sdn Bhd Hasan Azhari Hashim mengemukakan surat tuntutan kepada kerajaan supaya membayar ganti rugi RM1.3 juta berhubung dakwaan penyalahgunaan dan pelanggaran harta intelek bagi Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri ‘Madani 1’ sehingga ‘Madani 9999.’

Pembidaan NPI Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Oktober lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here