Honda ADV 350 (2025) terima kemaskini teknikal dan ciri peralatan

182

Honda Eropah mengemaskini teknikal dan teknologi ADV 350 (2025) yang meningkatkan pengendalian dan prestasi.

Skuter maxi itu masih menggunakan enjin 330cc silinder tunggal dengan kuasa 29bhp @ 7,500rpm dan tork 31.18Nm @ 5,250rpm.



Yamaha melakukan kemas kini pada struktur dalaman silencer, pemangkin dengan sensor O2 bersepadu baharu dan talaan pada ECU bagi memenuhi regulasi Euro5+.

Pembaharuan lain yang dijalankan termasuk skrin TFT 5-inci berwarna, ruangan simpanan bawah pelana kini dengan pencahayaan, soket pengecas USB-C, kunci pintar dan visor penghadang angin boleh dilaras empat tahap masih dikekalkan.

Penyerap hentak belakang dengan tabung gas berasingan kini didatangkan dengan spring pra muatan boleh laras, untuk meningkatkan tindak balas permukaan jalan dan berat.

Penunjuk arah mempunyai fungsi Isyarat Berhenti Kecemasan sebagai standard dan mulai tahun ini juga ditawarkan dengan fungsi penyahaktifan automatik.

Model 2025 itu didatangkan dengan empat warna baharu iaitu Pearl Nightstar Black, Mat Ruthenium Silver Metallic, Hyper Red dan Mat Coal Black Metallic (Special Edition).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here