Sebuah Neta hangus terbakar di lebuhraya PLUS

218

Sebuah kereta elektrik (EV) Neta dilaporkan terbakar di KM277.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, awal pagi, pada Sabtu.

Menerusi hantaran Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.31 pagi tadi.



“Setiba di lokasi kejadian, sebuah EV Neta dengan nombor pendaftaran RAS 9926 terbakar 100 peratus.

“Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose dan foam sehingga api terpadam.

“Tiada mangsa yang cedera. Setelah tiada lagi punca api, anggota bertolak balik ke balai,” katanya. 

Operasi yang tamat pada jam 6.10 pagi itu melibatkan satu aset jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu tanker dan dua unit bermotosikal. 

ARTIKEL LAIN

Pengeluar kereta China Neta dilapor henti pengeluaran dan potong gaji pekerja

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here