Penguatkuasaan penggunaan kerusi kanak-kanak akan bermula pada tahun depan, 2020. Namun, kesedaran tentang kepentingan penggunaannya masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua berkata. “Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kalangan para pengguna jalan raya Malaysia amat membimbangkan. Kerana kanak-kanaklah yang paling terdedah kepada bahaya ketika berada di dalam kenderaan yang bergerak.”
Sepanjang Ramadan, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Terutamanya semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya, kata Datuk Suhaimi.
Bersempena dengan ini, bermula 13 Mei hingga 30 Jun, Perodua akan menawarkan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dengan harga promosi RM660 untuk Kerusi Infant dan RM780 untuk Kerusi Toddler. Harga- harga ini telah dikurangkan daripada RM785 untuk Kerusi Infant dan RM975 untuk Kerusi Toddler.
Tawaran ini boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei (1 petang – 5 petang), 27hb-31hb Mei (8 pagi – 5 petang) dan 3hb Jun (8 pagi – 5 petang).
Produa:
Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, yang biasanya disingkat Perodua , adalah pengeluar kereta terbesar di Malaysia, diikuti oleh Proton. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 dan melancarkan kereta pertamanya, Perodua Kancil, pada bulan Ogos 1994.’M2′ merujuk kepada nama kod yang digunakan apabila projek untuk menubuhkan Perodua masih rahsia.