Kanak-kanak dua tahun pecah rekod namakan 57 logo kereta

156

Seorang kanak-kanak lelaki, M Rajamitheran berusia dua tahun 11 bulan mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records (MBOR) selepas berjaya menamakan 57 logo kereta dalam masa satu minit, 25 Oktober lalu. 

Ibunya, C Saranyaa, 33, berkata pencapaian tersebut diterima bagi kategori bilangan logo kereta terbanyak yang dikenalpasti oleh kanak-kanak.



Rajamitheran yang merupakan anak tunggal mula menunjukkan minat terhadap logo kereta sejak berumur satu tahun selepas melihat kereta model Volkswagen di jalan raya buat pertama kali.

“Bermula dari situ, suami saya, S M Mugilan, 35, mula ajar (Rajamitheran) dengan kenal lima logo kereta dahulu menggunakan kad imbas kanak-kanak. Keesokan harinya, anak saya boleh ingat lima logo itu.

“Dalam masa dua bulan sahaja, dia sudah tahu 70 logo kereta. Dari situ selepas bincang dengan suami, kami cadang bawa Rajamitheran untuk MBOR,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini Rajamitheran mampu menamakan 200 logo kereta dan ketika sesi ujian bersama panel MBOR, dia hanya dapat menjawab 45 logo kereta pada percubaan kali pertama sebelum mencuba untuk kali kedua.

“Tapi hanya dapat jawab 10 logo sahaja dan untuk pengiktirafan ini, kami hanya diberi tiga kali percubaan.

“Saya ingat mereka hanya soal 70 logo kereta yang saya ajar sahaja, tetapi tidak sangka logo kereta yang Rajamitheran tidak tahu pun mereka tanya juga,” kongsinya.

Jelas Saranyaa, bagi percubaan terakhir, mereka diberi tempoh selama sebulan untuk membuat persediaan.

“Rajamitheran berjaya jawab 70 logo tetapi selepas tolak dari segi salah sebutan, pihak MBOR tetapkan sebanyak 57 logo yang berjaya dinamakan,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here