Modenas bakal perkenal MEV-1 Pro SX tahun depan

41

Modenas baru-baru ini menyerahkan 1,092 unit motosikal elektrik (EV) MEV-1 Pro kepada Pos Malaysia Berhad.

Buat masa ini, tawaran skuter elektrik itu hanya untuk perniagaan flit dan tidak tersedia buat pasaran massa.



Bagaimanapun, pada acara penyerahan yang diadakan di kemudahan pemasangan Modenas, Kulim Kedah, turut dipamerkan model e-skuter MEV-1 Pro SX.

Motoqar difahamkan MEV-1 Pro SX merupakan model lebih premium yang akan ditawarkan kepada pelanggan. 

Apakah perbezaan dengan versi MEV-1 Pro yang digunakan oleh abang Pos Laju?…MEV-1 Pro SX didatangkan dengan pelana dan pemijak kaki penumpang belakang.

Sementara, versi yang digunakan Pos Malaysia bahagian belakangnya dilengkapi dengan pendakap untuk meletakkan kotak barang selain tersedia raga besi.

HARGA SEKITAR RM10,000

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, MEV-1 Pro SX bakal dijual pada suku pertama tahun depan dan diikuti dengan model MEV-2.

“Harga masih belum tahu lagi, tetapi dianggarkan lebih daripada RM10,000,” katanya ketika disoal tentang harga jualan e-skuter tersebut.

MEV-1 Pro SX didatangkan dengan dua bateri polimer litium 60V 45Ah yang mana operasi pengecasan bateri penuh mengambil masa 3.5 jam. 

Ia didatangkan dengan hab motor yang menyalurkan kuasa 4.9kW dengan kelajuan maksimum 140kmj. 

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan monoshock (belakang) bersama brek cakera 240mm di depan dan 180mm di belakang.

Ia memiliki keupayaan mendaki cerun 19 darjah dengan tinggi pelana 760mm dan jarak kelegaan tanah 154mm. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here