Keliru dengan Waze punca pemandu Aruz lawan arus di Melaka

95

Tidak biasa dengan trafik di negeri ini selain keliru dengan panduan arah oleh aplikasi ‘Waze’ dipercayai punca penuntut politeknik memandu secara melawan arus di Jalan Hang Tuah, di sini, Sabtu lalu.

Tindakan lelaki berusia 18 tahun itu tular di media sosial selepas video menunjukkan kenderaan Perodua Aruz berwarna perak memandu dalam keadaan bahaya dan nyaris bertembung dua kenderaan lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Roslan Mohamed@Ab Aziz berkata, susulan video tular itu yang dikesan pada 2.37 petang, 9 Nov lalu, pihaknya berjaya mengesan pemilik asal kenderaan beralamat di Taman Maharani Ayu, Muar, Johor.



“Dalam soal tanya, pemilik memberitahu ketika kejadian anaknya yang tinggal di rumah sewa di Taman Pagoh Jaya memandu kenderaan berkenaan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Berita Terkini Malaysia (@malaysia.daily)

“Pelajar terbabit mempunyai lesen memandu sah dan mendakwa kesalahan tidak disengajakan kerana tidak biasa jalan di Melaka serta keliru dengan Waze,” katanya dihubungi, hari ini.

Roslan berkata, pelajar itu dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk direkod percakapan dan dilepaskan selepas dikenakan saman mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya mengeluarkan Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada pemilik dan pemandu kenderaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, mana-mana pemandu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42(1) APJ (Pindaan) 2020, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 dan hilang kelayakan lesen selama lima tahun dari tarikh sabitan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here