Insiden Tesla Model Y terbakar, mangsa terperangkap selepas pintu elektronik gagal buka

35

Bulan lalu, Motoqar melaporkan empat rakan maut selepas Tesla Model Y yang dinaiki terbakar akibat kemalangan di Lake Shore Boulevard, pusat bandar Toronto, Kanada.

Ketika kejadian, pihak berkuasa menyatakan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan raya.



Terkini dilaporkan mangsa terperangkap dalam kenderaan selepas kereta elektrik (EV) itu kehilangan kuasa akibat kemalangan dan menyebabkan pintu tidak boleh dibuka atau tersekat. 

Saksi kejadian, Harper menyatakan wanita yang selamat itu tidak dapat membuka pintu dari dalam.

Ini kerana operasi bukaan pintu Model Y adalah menggunakan punat kawalan dan bukannya hendal pintu konvensional seperti mana kenderaan lain. 

“Saya andaikan wanita itu cuba membuka pintu dari dalam, kerana dia sangat terdesak untuk keluar.

“Saya tidak tahu sama ada itu bateri atau apa. Tetapi dia tidak dapat keluar,” katanya.

Harper berkata, wanita itu bergegas keluar dari kereta terlebih dahulu selepas dia memecahkan cermin tingkap. Susulan asap yang tebal, dia tidak menyedari masih ada mangsa lain dalam kenderaan. 

BUKAAN PINTU AUTOMATIK 

Tesla mempunyai ‘reka bentuk yang mengutamakan keselamatan’ menjadikannya ‘paling selamat di dunia’.

Terdapat butang override manual dalam kereta Tesla tetapi pakar mengatakan ciri itu tidak didedahkan secara meluas.

Sekiranya kemalangan terjadi dan kenderaan kehilangan kuasa, penumpang Model Y perlu membuka pelapik pada poket panel pintu dan akan menemui satu penutup kabel bersaiz kecil. 

Berdasarkan manual Tesla, penutup itu boleh dicungkil menggunakan kuku atau skru dengan muncung tajam. Kemudian, penumpang boleh menarik kabel putih bagi membuka pintu secara manual. 

Menurut pihak keselamatan, mangsa kemalangan mungkin terlalu panik atau terpinga-pinga untuk mencari ‘fungsi’ tersebut selepas kemalangan.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan menyatakan terdapat sembilan siasatan melibatkan Tesla Model Y setakat ini melibatkan kes  ‘pengaktifan brek dan pecutan mendadak luar kawalan’.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here