CEO Modenas : Kawasaki ZX-4R tidak masuk tahun depan

150

Kawasaki ZX-4R diperkenalkan tahun lalu dan negara jiran Thailand membawa masuk sportbike berkenaan pada suku pertama 2023.

Bagaimana pula dengan Malaysia?, adakah pasaran tempatan bakal menerima ZX-4R dengan ciri khas enjin melengking di putaran tinggi itu?…



“Buat masa ini kami tidak merancang untuk membawa masuk ZX-4R ke Malaysia,” ini jawapan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Roslan menyatakan Kawasaki baru sahaja memperkenalkan ZX-6R pada acara MotoGP Malaysia (2024) dan buat masa ini model ZX-4R tidak akan dilancarkan tahun depan.

Kehadiran jentera 400cc berkenaan bagi mengisi ruang antara segmen 250cc dan 600cc, maka Kawasaki menghadirkan ZX-4R lebih berkuasa namun tetap berdimensi kompak.

Kawasaki ZX-4R menawarkan revolusi 400cc yang luar biasa dengan enjin empat sebaris berkuasa 75PS dan enjin boleh melengking hingga 15,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. 

Jentera itu menggunakan sistem suspensi jenis Showa dengan fork SFF-BP di depan dan monoshock horizontal backlink di belakang.

Manakala versi Standard menggunakan fork SFF-BP dan monoshock horizontal-backlink, dan varian SE serta RR mendapat fork depan boleh laras prabeban. 

Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera kembar 290mm (depan), dan cakera tunggal 220mm (belakang).

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah lampu LED penuh, Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), empat mod tunggangan (Sport, Road, Rain, dan Rider), panel meter LCD 4.3 inci, quickshifter (SE & RR) serta sambungan telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here