Bosch Automotive Malaysia mengingatkan pemandu Malaysia untuk menservis dan menyelenggara kenderaan mereka untuk perjalanan pulang berhari Raya dengan selamat.
Pesanan ini adalah sebahagian dari mesej dalam kempen “Drive for Life” yang dilancarkan Bosch dalam memupuk kearah kereta selamat dan jalanraya selamat.
Sebagai panduan, sebelum pulang ke kampung, hendaklah anda periksa kenderaan anda untuk perkara-perkara ini:
- Periksa jadual servis berkala
- Periksa tekanan angin tayar, keadaan bunga tayar dan isi angin tayar simpanan
- Periksa tahap minyak enjin
- Periksa keadaan bateri
- Periksa penggilap cermin
- Periksa semua lampu: lampu depan, belakang, brek dan isyarat
Dengan itu, Bosche AA ingin mengajak pemandu membuat pemeriksaan 6-point percuma kenderaan mereka di lokasi-lokasi terpilih:
- Petron Tol Sg. Besi Arah Selatan – 18 Mei
- Petron MRR2 Safari – 19 Mei
- Petron MRR2 Selayang 25 Mei
- Petron KESAS Arah Timur – 26 Mei
Di bulan Ramadhan ini juga, sertai peraduan “Drive for Life” untuk memenangi cenderahati Bosch. Layari laman Facebook Bosch Autoparts Malaysia untuk maklumat lanjut.