Pada Februari yang lalu, video lama Elon Musk berkongsi tentang kisah berkenaan tular di media sosial selepas pengguna X berkongsi klip petikan Musk yang berbunyi :
“Saya tidur di atas lantai bukan sebab tidak boleh seberang jalan dan berada di hotel. Ini kerana saya mahu keadaan saya lebih teruk daripada orang lain di syarikat itu. Setiap kali mereka merasakan kesakitan, saya mahu saya menjadi lebih teruk.”
Musk menyatakan beliau tinggal di kilang Fremont, California dan di Nevada selama tiga tahun yang menjadi kediaman utamanya.
Catatan Lei, yang pernah digelar sebagai ‘Steve Jobs China’, mencerminkan keyakinan gergasi telefon pintar itu dalam mengembangkan perniagaan EV, kerana sedan SU7 mencapai pengeluaran 100,000 unit mendahului pengeluar EV China yang lebih terkenal.
Li Auto, mencapai pengeluaran ke-100,000 dalam tempoh setahun sembilan bulan. Nio dan Xpeng mengambil masa kira-kira 2.8 tahun untuk meraih pencapaian yang sama.
Pertumbuhan pesat perniagaan EV Xiaomi susulan permulaan penghantaran SU7 pada akhir Mac.
Xiaomi berkata awal bulan ini jualan kenderaannya semakin meningkat dengan penghantaran Oktober melebihi 20,000 unit. Syarikat itu merekodkan penghantaran bulanan lebih daripada 10,000 unit dari Jun hingga September.
Namun, Xiaomi menghadapi persaingan sengit di China iaitu pasaran EV terbesar di dunia, menentang Tesla dan pemain EV domestik utama yang diketuai oleh BYD, pengeluar terbesar industri itu.
Pada bulan Oktober, BYD menjual lebih daripada 470,000 EV di pasaran domestik. Li Auto dan Xpeng masing-masing menjual lebih daripada 51,000 dan 23,000 unit EV pada bulan yang sama. Tesla pula merekodkan jualan lebih 40,000 unit.
Good morning! Woke up to the news that 100,000 units of Xiaomi SU7 achieved!⚡️
From the launch to today, it took us only 230 days to hit this milestone. For a newcomer in the EV industry, that’s a speed we’re truly proud of. Can’t wait to celebrate the 100,000th in a bit! pic.twitter.com/92gmML2mdH
— Lei Jun (@leijun) November 13, 2024