Pemandu lori rempuh 11 kereta dan sebuah motosikal di MRR2

263

Dua lelaki dan seorang wanita nyaris maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan sebuah lori melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Gombak, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang.



“Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here