Nissan N7 EV 2025 khusus untuk pasaran China

14

Jika bukan kerana logo Nissan di hadapan, anda mungkin akan menyangka ia sebuah lagi kereta elektrik yang dihasilkan oleh pengeluar China.

Namun hakikatnya, Nissan N7 2025 memang sebuah sedan elektrik yang dihasilkan khusus untuk pasaran China menerusi kerjasama dengan Dongfeng.

Nissan N7 EV membawakan ukuran sepanjang 4,930 mm, 1,895 mm lebar, 1,487 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 2,915 mm.



Rekaan luaran Nissan N7 ternyata agak ringkas, menampilkan jalur LED yang memanjang, diikuti struktur lampu utama berbentuk boomerang, dan bar lampu LED yang memanjang di bahagian belakang.

Selain daripada rekaan pemegang pintu yang tertanam dalam badan, Nissan N7 turut menampilkan struktur pintu tanpa bingkai tingkap.

Buat masa ini, Nissan masih lagi belum sedia mendedahkan spesifikasi teknikal EV ini, serta kelengkapan ruang kabin yang bakal ditawarkan kepada pengguna kelak.

Apa yang diketahui, Nissan N7 EV akan mula dijual di pasaran China pada separuh pertama tahun 2025.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here