Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut dibebaskan dengan jaminan polis

50

Pemandu mabuk yang memandu Perodua Alza dan merempuh motosikal dinaiki pasangan suami isteri sehingga maut dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 34 tahun, sejurus tiba di lokasi kejadian untuk pemeriksaan sewajarnya, kelmarin.

Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan setelah mendapati suspek mengalami kecederaan di kepala dan kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. 



“Suspek telah ditahan di lokasi kemalangan untuk pemeriksaan dan ujian sewajarnya. Namun, disebabkan kecederaan di kepala yang dialami, suspek diberi jaminan polis untuk rawatan di hospital.

“Kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan selepas siap ianya akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan pasangan suami isteri, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd. A.Aziz, 35, maut setelah Honda Vario dinaiki dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk itu.

Dalam pada itu, Mohd. Sohaimi dilaporkan berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan, namun hasil ujian air kencing dilakukan mendapati pemandu tersebut bebas daripada sebarang jenis dadah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here