Mitsubishi Motors meluaskan rangkaian pusat 4S kedua di Sarawak

11

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedarnya Auto Pacifica Sdn Bhd membuka Pusat 4S Mitsubishi Motors kedua di Sarawak baru-baru ini.

Pengembangan terbaru itu meningkatkan bilangan Pusat 4S Mitsubishi Motors kepada lapan cawangan di seluruh negara.

Terletak di Lot 4168, Blok 24, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, bilik pameran baharu itu terletak di kedudukan ideal di sepanjang jalan utama yang menghubungkan Kota Samarahan ke Kuching, menjadikannya mudah diakses semua pelanggan di kawasan itu.



Pusat 4S dengan keluasan 21,700 kaki persegi itu memiliki identiti jenama Mitsubishi Motors dan sejajar dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.

Kemudahan itu menyediakan pengalaman yang komprehensif dan selesa untuk pelanggan. Ia mempunyai ruang istirahat yang selesa dengan Wi-Fi, sudut kanak-kanak dan pusat servis yang dilengkapi dengan berbilang ruang servis serta kemudahan badan dan cat.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, matlamat pihaknya adalah untuk meningkatkan keselesaan pelanggan dengan mengembangkan rangkaian bilik pameran dan pusat servis kami. 

“Pembukaan bilik pameran baharu di Kota Samarahan ini adalah langkah strategik ke arah mencapai lokasi yang belum diterokai dan meluaskan perkhidmatan kepada khalayak yang lebih luas,” katanya.

Auto Pacifica menjadi pengedar Mitsubishi sejak 2009 dan ini adalah cawangan ketiga mereka di Sarawak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here