Kia Sportage CKD bakal lancar Disember ini

17

Dinamikjaya Motors (DJM) bakal melancarkan Kia Sportage versi CKD sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada Disember ini. 

Untuk versi CKD itu, ia bukan ditawarkan dengan model facelift seperti yang dilancarkan untuk pasaran Korea buat masa ini. Namun, model facelift itu mungkin diperkenalkan untuk pasaran tempatan dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagi pasaran Malaysia, Kia Sportage ditawarkan dengan dua pilihan enjin membabitkan:

  • 2.0L petrol Smartstream yang menyalurkan 156hp dengan tork 192Nm serta dipadankan transmisi 6 kelajuan automatik.
  • 1.6L petrol Turbo Gamma II yang menghasilkan 177hp serta tork 265Nm dengan transmisi 7 kelajuan DCT.



Turut dipadankan ciri menarik dengan ciri moden pada ruang kabin, selain dilengkapi sistem infotaimen 12.3 inci yang boleh disambung Android Auto serta Apple CarPlay. Malah, memiliki pembesar suara premium Harmon Kardon.

Seperti model lain, Kia Sportage itu ditawarkan dengan lima tahun waranti dengan servis percuma   untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya.

Buat masa ini, harga belum diumumkan lagi, tetapi DJM menjaminkan ia dijual pada harga kompetitif.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here