Daftar tanda dagang, Honda bakal perkenal CBR500RR dan CBR400RR 4-silinder?

23

Laman web roda dua Jepun, Young Machine melaporkan Honda memfailkan permohonan tanda dagang ‘CBR400R FOUR’ pada hujung Ogos dan ‘CBR500R FOUR’ pada 5 November lalu.

Permohonan itu muncul ke publik pada 13 November yang didaftarkan di bawah kategori kenderaan. 

Model CBR400RR 4-silinder yang pernah dikeluarkan Honda pada era 80-an.

Ia mengesahkan lagi khabar angin tentang kehadiran sportbike 500cc 4-silinder di China dan Young Machine menjangkakan versi 400cc bakal melakukan debut di Jepun.



Selepas berakhirnya Pameran Motor Milan (2024) dan kesemua pengeluar mendedahkan barisan model 2025, didapati Honda memohon tanda dagangan dengan nama CBR500R FOUR.

Ia dianggap sebagai versi global ‘CBR400R FOUR’ yang dilaporkan sebelum ini. Sekiranya khabar angin itu betul, ia bakal diumumkan di China.

Berdasarkan nama produk yang didaftarkan, kemungkinan ia memiliki kaitan dengan jentera sport empat silinder.

Young Machine melaporkan naked bike 400cc 4-silinder baharu bakal dikeluarkan bagi menggantikan CB400 Super Four dan versi sportbike sedang dibangunkan serentak. 

Portal itu juga menjangkakan Honda bakal menggunakan nama produk CBR400RR/CBR500RR, mengambilkira enjin 4-silinder dan fairing penuh.

Model utama Honda 4-silinder yang ada di pasaran ialah CBR1000RR-R FIREBLADE/SP dan dalam kelas pertengahan terdapat CBR600RR serta sportbike CBR650R.

PASARAN ASIA 

Honda CBR500R

Sekiranya pengeluaran ahli baharu itu direalisasikan, ia akan disasarkan ke pasaran Asia dan Jepun, maka nama “CBR400R FOUR/CBR500R FOUR” mungkin sesuai.

Model CBR400R sedia ada berkongsi enjin dua silinder yang ditemui pada NX400. Sejak dilancarkan pada 2013, ia lebih sporty dengan tambahan fork terbalik dan rekaan lebih agresif.

Honda juga pernah mengeluarkan model CBR400R 4-silinder pada 15 Julai 1986.

Menurut maklumat setakat ini, perhatian terbesar adalah pada penggayaan. Ia akan menggunakan reka bentuk lebih sporty sama dengan CBR250RR sedia ada yang dipanggil “Nidabo”.

Ia bukan gaya SS sepenuhnya seperti CBR1000RR-R atau CBR600RR, strategi Honda adalah memiliki persamaan dengan CBR250RR semasa yang mendapat sokongan kuat daripada golongan muda dan sering dilihat di jalanan.

Selain transmisi manual, pastinya juga spesifikasi E-klac yang boleh digunakan seperti quick shifter akan dikeluarkan.

Pakej enjin dan badan berkemungkinan sama dengan CB400 akan datang. Dalam erti kata lain, kemungkinan besar ia tidak akan menjadi satu lawan satu dengan ZX-4R yang ‘terkuat dalam sejarah’, sebaliknya watak serba boleh yang menekankan keseimbangan keseluruhan.

Sportbike 4-silinder itu dijangkakan akan dikeluarkan pada masa yang sama dengan CB400 baharu, sekitar musim luruh 2025. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here