Xiaomi SU7 Max pakai pelapik brek yang lebih kecil berbanding Honda CR-V!

16

Atas kertas, prestasi sedan sports elektrik Xiaomi SU7 Max memang menggerunkan.

Dengan kuasa mencecah 663 hp, SU7 Max mampu memecut sepantas 2.8 saat dari pegun ke 100 km/j, selain boleh dipandu sejauh 800 km untuk sekali cas penuh.

Sayang sekali, kuasa seumpama supercar itu tidak diseimbangkan dengan sistem brek yang baik.



Terdapat beberapa insiden kemalangan yang telah berlaku di China tahun ini dan boleh dikatakan sedan elektrik tersebut hilang kawalan disebabkan oleh masalah kegagalan sistem brek.

Menurut Xiaomi dalam satu kenyataan, “kami ingin mengingatkan anda bahawa Xiaomi SU7 Max merupakan kereta mewah berprestasi tinggi untuk kegunaan jalanan.

“Xiaomi SU7 Max menggunakan pelapik brek NAO (non-asbestos organic) yang (hanya) sesuai untuk pemanduan seharian untuk mengimbangi prestasi brek dan bunyi bising, menepati keperluan pemanduan di jalan umum.

Laman The Autopian mendapati walaupun SU7 Max dilengkapi dengan angkup brek Brembo bersaiz besar, ia sebenarnya mempunyai saiz pelapik brek yang lebih kecil berbanding pelapik brek Honda CR-V yang mempunyai satu pertiga kuasa berbanding sedan elektrik tersebut.

Untuk pemanduan seharian, kebanyakan EV mendapat manfaat daripada sistem brek regeneratif, namun fungsi tersebut mempunyai had yang tersendiri terutama ketika pemanduan serius di dalam litar.

Disebabkan had tersebut, pengeluar seperti Hyundai dan Porsche melengkapkan model EV prestasi tinggi mereka (Ioniq 5 N & Taycan Turbo GT) dengan sistem brek yang jauh lebih besar berbanding spesifikasi model standard.

Ironinya, Xiaomi sudah pun menggunakan pendekatan yang sama pada model SU7 Ultra yang lebih berkuasa untuk membuat cubaan rekod pusingan terpantas di Litar Nurburgring.

Sayang sekali mereka mungkin terlupa kebanyakan pemilik SU7 Max tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk mengendalikan sedan elektrik berkuasa 663 hp itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here