Harga minyak dunia dijangka lebih rendah tahun depan

18

Marc Ratings meramalkan harga minyak pada tahun depan antara julat USD65 hingga USD75 setong susulan ketegangan geopolitik, kekangan permintaan dan kestabilan bekalan.

Manakala harga minyak pada 2024 dijangka secara purata USD80 setong. Pasaran minyak mentah global sedang bergelut dengan pelbagai cabaran, masing-masing memberi tekanan pada trajektori harga jangka pendek.



Walaupun pemotongan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu  (OPEC+), pertumbuhan permintaan yang perlahan dan risiko geopolitik yang berkurangan mengekalkan harga minyak Brent di bawah USD80 setong sejak suku ketiga 2024.

Walaupun kesannya berkurangan, ketegangan geopolitik terus mendorong turun naik harga minyak jangka pendek, dengan lonjakan baru-baru ini mencerminkan ketidakstabilan yang semakin meningkat di Timur Tengah. Sementara itu, infrastruktur tenaga Iran kekal utuh.

Gangguan dalam pengeluaran atau sepanjang laluan transit boleh mencetuskan lonjakan mendadak dalam harga minyak mentah. Berdasarkan unjuran Marc Ratings, pengurangan 10 peratus dalam bekalan minyak berpotensi mendorong harga naik sebanyak 12 peratus.

Dari segi permintaan, pelonggaran kadar faedah global yang berterusan, khususnya di Amerika boleh menggiatkan semula aktiviti pembuatan dan melemahkan dolar pada 2025.

Bagaimanapun, kelemahan dolar akan bergantung pada pergerakan hasil bon yang dipengaruhi oleh peralihan dalam dasar Amerika ke atas perbelanjaan awam.

Mengenai prestasi makroekonomi pada 2024, ia dijangka lebih lemah daripada jangkaan dan kadar faedah yang tinggi telah mengekang permintaan, dengan pertumbuhan penggunaan global menurun kepada 1.0 peratus.

China, selaku pengimport terbesar dunia, menyaksikan importnya menyusut sebanyak 3.5 peratus sepanjang 10 bulan pertama 2024.

Penggunaan minyak global boleh meningkat kepada 1.2 peratus pada 2025 apabila pelonggaran kadar faedah global berkuatkuasa, di samping pemulihan dalam permintaan dari China.

Namun, pertumbuhan China menghadapi peningkatan risiko penurunan berikutan potensi peningkatan dalam perlindungan Amerika berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here