Masalah parkir : Hyundai Amerika panggil balik 42,000 Santa Cruz dan Tucson

1

Hyundai Motor North America memanggil balik lebih daripada 42,000 kenderaan susulan masalah pendawaian yang mana kenderaan berisiko bergerak sendiri, menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA).

Model yang terlibat adalah Hyundai Santa Cruz dan Hyundai Tucson (2025) yang mana komponen transmisi berisiko menyahaktifkan mod ‘parkir’ tanpa perlu menggunakan pedal brek sekaligus meningkatkan risiko kemalangan atau kecederaan. 

Hyundai Tucson

Kempen panggil balik itu melibatkan 35,500 unit Tucson dan 6,900 Santa Cruz yang mana NHTSA menganggarkan sekitar satu peratus kenderaan mengalami defek. 



NHTSA menyatakan pemilik masih boleh memandu kenderaan tersebut dan dinasihatkan menggunakan brek parkir ketika meletakkan kereta.

“Pihak wakil jualan akan membaiki pemasangan pendawaian sambungan konsol secara percuma,” katanya. 

Hyundai Santa Cruz

Masalah berkenaan ditemui pertama kali pada Tucson lewat Oktober apabila Pejabat Keselamatan Amerika Utara (NASO) Hyundai Motor North America menerima laporan sebahagian daripada SUV flit korporat di Amerika bergerak sendiri.

Pada awal November, pihak pengeluar mengesan isu pendawaian yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Ini mendorong semakan daripada Pihak Berkuasa Keputusan Keselamatan Amerika Utara pada 13 November lalu dan penarikan balik kenderaan.

Hyundai berkata tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan, kematian, kemalangan atau kebakaran berkaitan isu tersebut.

Ia bukan satu-satunya kempen panggil balik melibatkan model Hyundai, syarikat itu juga menarik balik lebih 145,000 Genesis dan Ioniq elektrik, termasuk Ioniq 6 model 2023 hingga 2025 dan Genesis GV60 (2023-2025).

Kempen panggil balik itu susulan isu unit kawalan pengecasan bersepadu (ICCU) yang mungkin rosak dan berhenti mengecas bateri.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here