Rim Honda City kena rembat di parkir berbayar

3

Sebuah Honda City hilang dua tayar dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan parkir berbayar berhampiran jeti, Lumut, Perak. 

Kejadian itu sedari pemilik kenderaan selepas dimaklumkan oleh rakan melalui panggilan telefon kira-kira jam 3 petang pada Jumaat.



Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kes yang tular di media sosial itu melibatkan dua tayar belakang City milik seorang lelaki.

Menurutnya, siasatan mendapati, semasa kejadian pemilik kereta berada di Pulau Pangkor dan meletakkan kenderaannya di kawasan itu sejak 14 November lalu.

“Kejadian mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM2,000.

“Laporan polis telah dibuat dan usaha kini sedang digerakkan bagi mengesan suspek terlibat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Roswani Mohd Desa melalui talian 011-55042061, Bilik Gerakan IPD Manjung 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005 bagi membantu siasatan.

Pada Sabtu tular di media sosial video berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki mendakwa dua tayar belakang Honda City miliknya termasuk rim dicuri.

Lelaki itu berkongsi rasa kecewa kerana telah membayar RM150 sebulan bagi tujuan parkir, namun aspek pengawasan tidak dititikberatkan sehingga berlaku kecurian.

@sivapangkor4

Hari ini 22 NOV 2024 TYRE kete hilang skli ngn RIM. 2biji sial. JETI MARINA ISLAND PANGKOR PERAK Security Marina Island ape mcm RONDA??klau Sehari lambat bayar duit bulan ,terus takbole keluar dari jeti.Buat keje mcm Perfect.Xpi skrg ape jadi???Security byk2 buat ape boss????dh la parking bulanan kene naya mcm ni.Klau pelancong parking sehari 2hari????mampos. PARKING JETI MARINA KE PULAU PANGKOR PERAK #marinajetipulaupangkor #jetimarina #perak #pulaupangkor #jetilumut #mpm #pdrm #pdrmmalaysia #jetimarina

♬ original sound – Cva-siva – Cva-siva

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here