Pasukan Proton R3 (R3), bahagian perlumbaan dan prestasi PROTON, mencatatkan tempat kelima dalam kelas Kereta Pelancongan Malaysia (MTC) di 2024 Sepang 1000KM (S1K).
Pasukan berkenaan mengharungi perlumbaan yang penuh cabaran, di mana satu kereta pasukan terpaksa mengundurkan diri lebih awal, manakala satu lagi kehilangan lebih 40 minit akibat masalah teknikal.
Biarpun menghadapi pelbagai cabaran, pasukan dan pemandu kereta 82, Ariff Azmi dan Alister Yoong, tidak berputus asa.
Baca juga artikel berkaitan
>> Proton kongsi video ujian, S70 R3 sedia gegar Sepang 1000KM
Mereka berjaya kembali ke perlumbaan dan memperoleh penghormatan daripada pelumba serta pasukan lain sepanjang perjalanan.
Ini merupakan kali pertama Proton S70 R3 bertanding dalam perlumbaan dengan SK1 menjadi debut perlumbaannya.
Keputusan untuk menyertai perlumbaan dibuat tahun lalu dan ia membolehkan R3 menumpukan sumber daya untuk memastikan dua unit kereta berada di grid semasa perlumbaan.
Baca juga artikel berkaitan
>> Proton Satria R3 oleh DSR ini bukan restorasi biasa-biasa, lebih baik dari baharu!
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, walaupun kemalangan awal dalam perlumbaan menyebabkan kereta 81 terpaksa berhenti, sementara masalah teknikal pada kereta 82 menyebabkan ia kehilangan masa di pit dan tersingkir dari persaingan keseluruhan.
“Jadi, walaupun kami mengharapkan keputusan akhir yang lebih baik, banyak data berguna dikumpulkan sepanjang hujung minggu, dan kedudukan kelima dalam kelas MTC menetapkan asas bagi R3 untuk memulakan persiapan bagi musim perlumbaan 2025,” katanya.
Baca juga artikel berkaitan
>> Proton lanjut tawaran aerokit percuma pada S70 Flagship X
Penampilan kompetitif seterusnya bagi R3 dan Proton S70 R3 masih dalam perancangan, namun kereta 82 akan dipamerkan di gerai PROTON semasa Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2024.
Kereta tersebut akan dipamerkan dalam keadaan yang sama seperti ketika ia mengakhiri perlumbaan S1K.