Volkswagen Malaysia: Umum program bantuan banjir, diskaun hingga 30 peratus alat ganti tulen

36

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, VPCM menawarkan diskaun sehingga 30 peratus alat ganti tulen untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025. Diskaun itu boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen di seluruh Malaysia.

Sebagai tambahan, VPCM ada menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir dan mencadangkan pembaikan yang sewajarnya.



Servis itu bertujuan menjamin keselamatan dan ketahanan semua kenderaan yang terjejas sebagai sebahagian daripada program penjagaan selepas jualan yang komprehensif.

VPCM juga menawarkan pelan pembayaran mudah di mana pemilik boleh membayar bil pembaikan mereka beransur kepada enam atau 12 bulan dengan kadar faedah 0 peratus. Inisiatif ini membuktikan komitmen Volkswagen untuk membantu pelanggan ketika berdepan waktu sukar dan memberi ketenangan minda kepada mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here