Honda Monkey – Seronok dan Menawan

3287

Jangan terkejut apabila mendengar nama motosikal ini. Honda Monkey, bila di sebut kasar bunyinya,namun bila menunggang keseronokkan akan terasa.Bak kata pepatah “Apa ada pada nama.”

Sekiranya anda mencari motosikal yang menyeronokkan, mungkin agak sukar.Tapi dengan Honda Monkey 125 model 2019 anda akan tertawan. Bukan pecutan yang didambakan dan kelajuan maksima 120km/j, ini lah jentera dua roda yang sesuai.



Monkey, sesuai untuk memerangi lalu lintas di bandar. Dengan ciri-ciri yang tersedia seperti ringan, hendal yang sempit senang untuk menyelit antara celah kenderaan. Serta di bekalkan dengan kuasa yang mencukupi untuk mengatasi kereta dan kenderaan besar.

Monkey,nama yang diberikan oleh Honda kepada salah satu siri Z kecil keluaran mereka. Model 50cc yang berkuasa rendah diperkenalkan pada tahun 1960an dan berkembang laju serta kekal hampir enam puluh tahun.

Honda sekali lagi memperkenalkan Monkey 125 baru. Versi terkini dengan enjin 125cc.

Motoqar berpeluang menguji model ini selama seminggu. Pelbagai ujian di lakukan.Rumusannya Monkey menjadi perhatian masyarakat kota. Pelbagai soalan di ajukan oleh setiap insan yang berpeluang mendekati kami semasa sesi tunggang uji.

Jelas ,Monkey adalah sebuah motosikal yang cukup senang untuk di kendalikan walaupun penunggang yang tiada pengalaman. Tindakbalas pendikitnya tidak terlalu agresif.

Kuasa enjinnya bertindak cepat jika pendikitnya di pulas secara agresif. Namun masih boleh di kawal.

Kaedah lama di kekalkan. Enjin Monkey di sejukkan melalui sistem penyejukkan udara serta mempunyai dua injap, di situ terbuktinya kehebatan secara sederhana yang menampilkan corak permodenan melalui EFI.

Kepada mereka yang baru berjinak dengan motosikal menggunakan klac, Monkey merupakan pilihan yang tepat. Dengan transmisi 4 kelajuan, Monkey merupakan motosikal yang menyeronokkan dalam senarai tunggang uji kami.

Tayar bersaiz 12 inci serta besar dan berat hanya 105kg, membuatkan anda selesa setiap kali untuk mengubah arah. Usah risau andainya kelajuan Monkey melebihi 100km/j. Pengendaliannya masih boleh di kawal serta tiada sebarang gegaran .

Honda Monkey 2019, tersedia suspensi kembar di belakang dan berfungsi dengan baik.Suspensi depan di bekalkan dengan 26mm cukup menyakinkan walaupun meredahi jalan yang tidak berturap atau off road yang tidak terlalu ekstrim.

Sistem keselamatan model ini terjamin.Brek depan dan belakang cukup kuat, bersesuaian dengan berat dan kelajuannya. Terdapat cakera tunggal berukuran 220mm di depan dan 190mm cakera tunggal di belakang.

Speksifikasi Honda Monkey 2019:

Enjin

Jenis enjin: empat-lejang single-cylinder yang berpendingin udara 124.9cc
Bore x stroke: 52.4mm x 57.9mm
Nisbah mampatan: 9.3: 1
Bahan api: PGM-FI dengan pengayaan automatik
Penyejukan: Udara
Kereta api injap: SOHC, dua injap
Bermula: Elektrik
Penghantaran: Manual-shift 4-speed
Clutch: Automatik sentrifugal

Casis

Frame: Steel
Suspensi depan; perjalanan: garpu bebas laras 26mm; 3.5 inci
Suspensi belakang; perjalanan: Kejutan tidak boleh laras; 3.6 inci
Brek depan: cakera hidraulik 220mm tunggal
Brek belakang: 190mm cakera hidraulik tunggal
Tayar depan: 120 / 80-12
Tayar Belakang: 130 / 80-12

DIMENSI
Wheelbase: 48.9 inci
Rake: 25 darjah
Trail: 813mm
Ketinggian kerusi: 1156mm
Kapasiti bahan bakar: 5.7 liter
Berat : 105kg
HARGA: RM13,999 tidak termasuk insurans dan cukai jalan

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here