Proton X70 versi CKD akan mendapat 1.5 turbo dan DCT?

4332

Fasa persediaan untuk pemasangan tempatan (CKD) Proton X70 dilaporkan bermula suku ketiga tahun ini setelah kerja pembesaran kilang Tanjung Malim siap.

Proton X70 CKD

Terbaharu, rakan media kami, Funtasticko.net dan Careta.my mendedahkan bahawa SUV Proton X70 (CKD) itu akan menerima pilihan enjin dan transmisi baharu, iaitu 1.5-liter TGDi dan transmisi dwi-klac (DCT).



Berikut adalah senarai terkini varian penuh X70 CKD:

  • Standard 2WD (enjin 1.8-liter TGDi, AT)
  • Standard 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
  • Executive 2WD (enjin 1.8-liter TGDi, AT)
  • Executive 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
  • Executive AWD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
  • Premium 2WD (enjin 1.5-liter TGDi, DCT)
Varian terkini Proton X70 CKD.
Varian terkini Proton X70 CKD. Imej: Funtasticko.net

Enjin 1.8-liter TGDi pada X70 versi CBU sedia ada akan dikekalkan, kerana varian Standard dan Executive masih menerima pilihan enjin itu.

Namun enjin baharu 1.5-liter TGDi juga akan diberi pada Standard dan Executive, serta unik untuk Premium sahaja. Enjin ini merupakan nadi yang sama memacu Geely Binyue (SX11) dan Geely Jiaji (VF11).

Sementara enjin 1.8-liter TGDi menjana 182hp dan 285Nm tork, enjin 1.5-liter TGDi pula menghasilkan 175hp dan 255Nm tork.

Enjin 1.5-liter baharu ini mungkin lebih rendah outputnya berbanding enjin 1.8-liter, namun ia akan dipadan dengan transmisi DCT yang lebih cekap dan pantas, dan secara teorinya akan memberi pecutan lebih baik serta penggunaan bahan api lebih ekonomikal.

Nantikan laporan kami akan datang apabila kami mendapat maklumat lebih lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here