Polyphony Digital selaku pembangun simulasi perlumbaan Gran Turismo 7 kini melancarkan permainan baharu untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia perlumbaan maya – My First Gran Turismo.
Permainan ini menampilkan antara muka yang lebih mesra untuk kebanyakan golongan pemain tanpa mengira had umur atau kemahiran memandu, supaya mereka dapat menguasai teknik perlumbaan yang betul.
Dalam permainan My First Gran Turismo, terdapat tiga acara perlumbaan, tiga perlumbaan percubaan masa dan tiga peringkat Music Rally yang boleh dimainkan di tiga litar iaitu Kyoto Driving Park, Deep Forest Raceway dan Trial Mountain Circuit.
Terdapat sehingga 18 buah model kenderaan yang boleh ‘dipandu’ termasuklah Mazda RX-7, Mitsubishi Lancer Evo V, BMW M3 dan lain-lain.
Ia boleh dimainkan secara percuma menerusi konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5, di mana para pemilik PS5 boleh mendapatkan akses penuh untuk sokongan VR2.
My First Grand Turismo dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun PlayStation yang ke-30, di mana konsol permainan itu mula dilancarkan pada 3 Disember 1994.
Untuk makluman, siri pertama Gran Turismo dilancarkan untuk konsol pada tahun 1997.