Bugatti Tourbillon didedahkan pada Jun lalu di Chateau Saint Jean dan kini hypercar itu meneruskan perjalanan globalnya menerusi debut di Jepun dan Singapura.
Sebagai model terbaharu Bugatti, jelajah dunia Tourbillon meletakkannya bukan sahaja sebagai keajaiban kejuruteraan moden tetapi juga simbol kemewahan dan warisan yang mencerminkan falsafah Bugatti.
Perjalanan tersebut bukan terhenti di Jepun dan Singapura namun merentasi benua.
Secara teknikal, Tourbillon dijana oleh enjin baharu 8.3 liter V16 aspirasi semulajadi yang dibangunkan bersama Cosworth. Ia menghasilkan kuasa 1,000PS dan tork 900Nm bersama transmisi dua klac 8-kelajuan.
Penambahan kepada enjin pembakaran dalaman itu adalah tiga motor elektrik, termasuk motor elektrik (340PS/240Nm) diapit antara V16 dan kotak gear.
Sedangkan sepasang motor bertenaga 340PS lainnya menggerakkan roda depan sekaligus menghasilkan kuasa keseluruhan 1,800PS.
Toubillon memecut dari 0-100kmj hanya dalam tempoh 2 saat dan mencapai 200kmj kurang daripada 5 saat.
BUKAN HYPERCAR TERPANTAS
Meskipun angkanya cukup tinggi, Tourbillon bukanlah hypercar terpantas kerana kelajuan maksimumnya dihadkan sehingga 380kmj bagi sebahagian besar keadaan.
Bahkan dengan Speed Key, menurunkan sayap belakang pada kelajuan lebih tinggi untuk mengurangi seretan, ia mampu mencapai kelajuan 445kmj, lebih lambat dari Chiron dengan kelajuan 490kmj.
Ia dilengkapi dengan bateri 25kWj yang menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 60km. Terlepas dari trenkuasa PHEV, Bugatti mendakwa Tourbillon memiliki berat lebih ringan dibandingkan Chiron.
Bugatti Tourbillon dibaluti dengan struktur badan komposit baharu daripada gentian karbon T800 dan komponen 3D.
Bugatti Tourbillon menggunakan rekaan khas hypercar yang radikal. Di bahagian depan, ia didatangkan dengan gril yang dibuat lebih lebar dan intake yang mengapitnya lebih besar, tidak hanya mengarahkan udara ke radiator tetapi juga meningkatkan downforce melalui bahagian depan dan hud enjin.
Bagian belakangnya juga berbeza dengan lampu khas lengkap dengan tulisan ‘Bugatti’ yang menyala. Bahagian diffuser besar menggabungkan empat paip ekzos yang ramping.
Beralih ke kabin ia menampilkan kokpit ganda khas Bugatti. Seperti model sebelumnya, kabin dipisahkan oleh garis tengah.
Penghantaran Bugatti Tourbillon kepada pelanggan akan bermula pada 2026. Hanya tersedia 250 unit ia dijual pada harga GBP 3.8 juta (RM19.2 juta).