Ford Mustang GTD catat rekod sebagai kereta Amerika terpantas di Nürburgring

19

Ford Mustang GTD kini dinobatkan sebagai kereta produksi Amerika Utara yang paling pantas mengelilingi Litar Nürburgring.

Dalam cubaan yang dibuat pada 8 Ogos yang lalu, Ford Mustang GTD mencatatkan masa 6:57:685, atau 4.3 saat lebih pantas berbanding Dodge Viper ACR.



Selain itu, rekod masa Mustang GTD juga turut mengalahkan supercar terkemuka seperti Lamborghini Aventador SuperVeloce dan Ferrari 296 GTB.

Buat masa ini, pemegang rekod terpantas dalam kategori kereta produksi enjin hadapan masih dipegang oleh Mercedes-AMG GT Black Series (6:43:61) yang dibuat pada tahun 2020.

Manakala pemegang rekod terpantas kategori kenderaan produksi masih lagi
disandang oleh Mercedes-AMG One (6:29:09).

Ford Mustang GTD dikuasakan enjin bentangan V8 5.2 liter dengan unit pengecas lampau yang mampu menjana kuasa 815 hp dan 900 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar 8 nisbah kelajuan.

Dengan nisbah pengagihan berat badan hampir 50:50, Mustang GTD turut menampilkan teknologi suspensi Multimatic DSSV (Dynamic Suspension Spool Valve), panel badan gentian karbon, serta sayap belakang daripada bahan yang sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here