Avanza facelift: 8 ciri baharu yang menjadikan Toyota Avanza 2019 lebih premium

4331

Tidak lama selepas pelancaran Vios dan Yaris, UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan tawaran terbaharu mereka tahun ini, iaitu Avanza versi facelift.

Toyota Avanza facelift
Toyota Avanza facelift

Anda boleh mula membuat tempahan MPV ini, dengan pilihan harga dan varian seperti berikut:

  • Avanza 1.5E – RM80,888
  • Avanza 1.5S – RM83,888
  • Avanza 1.5S+ – RM87,888

Tiada lagi Avanza 1.5G, dan varian 1.5S+ baharu menggantikan Avanza 1.5X.



Kini kita lihatkan 8 pembaharuan yang menjadikan Avanza 2019 lebih premium.

  1. Lampu depan LED baharu

Antara benda pertama yang akan dilihat pada Avanza 2019 ini ialah lampu depan Bi-LED baharunya. Rekaan dua lapis ini mengambil inspirasi MPV Toyota yang lebih besar dan mewah, iaitu Vellfire.

  1. Antena Sharkfin dan cermin sisi berkuasa

Antena Sharkfin atau sirip jerung ini menggantikan antena getah pada model sebelum ini, dan cermin sisi Avanza kini boleh dilipat dengan kuasa elektrik (1.5S dan 1.5S+ sahaja).

  1. Penggilap cermin lebih canggih

Penggilap cermin atau wiper depan Avanza kini sensitif kepada kelajuan kenderaan manakala penggilap cermin belakang akan hidup secara automatik apabila gear undur dimasukkan.

  1. Ruang kabin lebih segar

Dengan papan pemuka dwi-tona dengan kemasan baharu dan tempat duduk fabrik baharu, kabin Avanza ini lebih segar dan premium. Ini juga disempurnakan dengan rekaan kluster meter rekaan baharu.

  1. Sistem penghawa dingin digital

Avanza 2019 datang dengan sistem penghawa dingin digital yang lebih cekap dan mesra pengguna, lengkap dengan Clean Air Filter.

  1. Android Auto dan Apple CarPlay

Keterhubungan penting pada zaman sekarang. Jadi sebagai sebuah MPV keluarga, Avanza 2019 dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay, serta skrin dari siling 8-inci untuk tempat duduk belakang. Selain itu, terdapat juga dua pengecas USB untuk mengecas peranti.

  1. Tahap NVH dipertingkat

Untuk meningkatkan tahap keselesaan, bahan penebat bunyi ditambah di kawasan-kawasan strategik. Ini mengurangkan bunyi angin dari luar dan bunyi enjin. Selain itu, pemilihan tayar baharu juga merendahkan lagi tahap bunyi sebanyak 1.5dB.

  1. Ciri Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Baharu pada Avanza ini juga adalah BSM dan RCTA, masing-masing untuk memantau kenderaan pada kawasan titik buta dan semasa mengundur. Selain meningkatkan keselamatan, ciri-ciri ini juga memberikan lebih nilai kepada Avanza.

Varian 1.5S+ juga mendapat kamera perakam digital (DVR) sebagai standard.

Namun sama seperti sebelumnya, Avanza 2019 mendapat dua beg udara SRS. Kamera undur pula standard pada 1.5S+, tetapi pilihan kepada 1.5E.

Toyota Avanza facelift

Toyota Avanza 2019 dipacu oleh enjin 2NR-VE 1.5-liter DOHC dengan Dual-VVT-I. Enjin yang terbukti ini menghasilkan 105PS dan 136Nm tork. Transmisi pula adalah jenis automatik 4-kelajuan yang cekap dan tahan lasak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here