Menang Honda City & bekalan tayar 10 tahun dengan beli tayar Goodyear

2353

Rasanya tidak perlu tekankan lagi betapa pentingnya menjaga keadaan tayar dalam aspek pemanduan. Lebih-lebih lagi apabila ingin memandu jauh pulang ke kampung halaman dan membawa bersama keluarga tersayang. Goodyear Malaysia menerusi Promosi Pengguna Hari Raya (Ramadhan and Raya – Goodyear Win a car) menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk menang Honda City dan mendapatkan set tayar baharu menerusi satu tawaran menarik.

Menang Honda City dan 10 tahun bekalan tayar melalui pembelian tayar Goodyear
Menang Honda City dan 10 tahun bekalan tayar melalui pembelian tayar Goodyear

Motivasi pelaksanaan usaha ini adalah untuk menunjukkan ancaman tayar botak kepada pengguna jalan raya, selain mengelakkan penambahan kepada 19,538 kes kemalangan yang dilaporkan dalam Op Selamat 13 pada tahun lalu.

Dari 1 Mei hingga 30 Jun 2019, pelanggan yang membeli model tayar terpilih Goodyear berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Honda City serba baharu. Bukan itu sahaja, hadiah ini datang dengan bekalan tayar selama 10 tahun!



Rangkaian tayar manakah yang melayakkan anda menyertai peraduan ini?

Untuk tayar kelas atasan: Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5.

Tayar mampu milik: Assurance TripleMax, Assurance TripleMax 2, Wrangler TripleMax dan Optilife.

Membeli sepasang tayar daripada salah satu model yang di bawah tawaran juga melayakkan pelanggan untuk satu undian cabutan bertuah hadiah utama.

Sementara itu, bagi mereka yang membeli empat biji tayar daripada senarai tayar atasan pula boleh menebus seunit pengecas dalam kenderaan yang turut berfungsi sebagai penyegar udara.

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, para pelanggan hanya perlu mendaftar dalam Program Worry-Free Assurance secara dalam talian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen Hari Raya Goodyear, sila
layari laman web https://www.goodyear.com.my/ atau laman Facebook https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here