Tester tidak berkesempatan menghadirkan diri semasa perasmian model ini.Sekali terserempak model ini depan mata.Peluang tidak dilepaskan untuk posing motosikal demi tatapan peminat 2 roda 2018 ini.
Difahamkan model Ninja 250 – 2018 ini menggantikan generasi sebelumnya iaitu Ninja 250 dan Ninja 250 SL.Model 2018 ini dikemaskini dengan enjin dan gaya baharu.
Pelancaran model ini pada bulan lepas bertempat di pameran Art Of Speed 2018(AOS) di Taman Ekspo Malaysia Agro Serdang. Dikhabarkan harga Ninja 250 – 2018,adalah RM 23,071.
Enjin 249cc,selari kembar yang disejukkan dengan cecair.Jentera ini menghasilkan 39hp pada 12,500 rpm dan 23,500Nm pada 10,000rpm.
Ninja 250 lengkap dengan EFI,DOHC dan lapan injap.
Ninja 250 melihat peningkatan saiz cakera brek,310 mm di depan, Saiz cakera brek belakang tetap sama. Pada 220 mm dan tiada ABS pada model yang dipertontonkan semasa pelancaran.
Suspensi depan dengan garpu teleskopik 41 mm yang tidak boleh dilaraskan dengan roda depan 17 inci. Di belakang, monoshock laras pra-beban.Ketinggian pelana ditetapkan pada 785 mm.
Pencahayaan LED bagi lampu depan .Gabungan Analog dan Digital meter menyalurkan segala informasi kepada penunggang .
Terdapat dua pilihan warna untuk 2018 Kawasaki Ninja 250 – Passion Red / Metallic Flat Spark Black dan Pearl Solar Yellow / Pearl Storm Grey / Ebony.Ninja 250 dijangka akan berada di premis pengedar sah Kawasaki Motors Malaysia pada pertengahan bulan Ogos.