Y-Suku Shuib ‘dikerjakan’ oleh Siti Sarah

3358

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin membuat kejutan kepada suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio popular Shuib Sepahtu dengan menampal manik dan hiasan bunga di beberapa bahagian motosikal miliknya. Sarah ketika dihubungi berkata, itu adalah sebagai kejutan dan tanda cinta buat suaminya yang baru membeli motosikal jenis Yamaha Y15ZR aka  Y Suku itu dua minggu lalu.

“Dia sudah membeli motosikal itu sejak dua minggu lalu tapi tak sempat buat apa-apa lagi kerana Aidilfitri semakin hampir. Jadi, beberapa hari lalu ketika dia sedang tidur, saya ‘kerjakan’ motosikal kesayangannya itu,” katanya.

Ditanya bagaimana reaksi suaminya ketika pertama kay suku shuibli melihat hasil tindakannya itu, 



“Dia pun tak tahu nak beri reaksi apa sebab terkejut. Nak marah pun, sayang. Muka dia jadi ‘keras’ saja waktu nampak hasil kerja kreatif saya. Pada awalnya, saya rancang nak tampal Swarovski asli, tapi bimbang juga jika tercabut, membazir pula. Jadi, saya tampal manik biasa dan bunga-bunga,” katanya.

Syuib

Sarah berkata, dia juga menerima pelbagai komen daripada netizen terutamanya yang bergelar isteri.

“Ramai pengikut di Instagram terutamanya wanita ‘tag’ suami mereka dan mahu lakukan perkara sama kepada motosikal mereka.

“Ada juga rakan artis seperti Zizan Razak yang menghubungi saya dan bergurau meminta saya hasilkan hasil kerja tampalan manik di motosikalnya untuk digunakan sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Sarah juga berkongsi video proses menampal manik di motosikal suaminya di Instagram TV (IGTV). Dan sehingga kini sudah mencatat lebih 670,000 tontonan.

Shuib yang juga penyampai radio di Hot FM turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Sarah di samping motosikal yang siap ditampal dengan manik berwarna-warni itu.

Sebelum ini Shuib memuat naik gambar dia bersama motosikal berkenaan di Instagram dan memaklumkan dia dua kali meminta izin daripada Sarah untuk membelinya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang mendakwa Shuib seorang dayus kerana meminta izin daripada isteri untuk membeli motosikal.

Sarah juga tidak menyangka netizen sanggup menulis komen sedemikian hanya kerana Shuib meminta izin daripadanya untuk membeli motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here