Ducati memperkenalkan video prototaip Steerfighter V4 yang menampilkan Carlin Dunne. Bagi membangkitkan acara Pikes Peak, Dunne memberi sedikit ulasan mengenai jentera Itali yang baru: “Keperibadian Streetfighter adalah agresif. Belajar bagaimana untuk menjinakkan jentera itu.
Apabila acara tahunan Pikes Peak International Hill Climb hampir tiba, pembuat kereta bersiap sedia untuk mencuri perhatian untuk mempamerkan projek terbaru mereka. Ducati adalah satu daripadanya, dan secara rasmi mengumumkan jentera baharunya menerusi Streetfighter V4.
Jentera itu dijangka akan dilancarkan pada 2020, jentera itu bakal menjalani beberapa bakal ujian tanda aras di laluan Pikes Peak. Ia bakal ditunggal pelumba terkenal Carlin Dunne. Pada tahun 2012, Dunne menetapkan rekod baru dengan 9: 52.819 minit dengan Ducati Multistrada 1200 S. Ia adalah motosikal pertama yang pernah memecah masa di bawah 10 minit di Race To The Clouds yang terkenal di dunia. Bagaimanapun, Jeremy Toye memecahkan rekod Dunne pada 2014 dengan Kawasaki Ninja ZX-10R.
Kini, Dunne akan memecah rekod lagi dengan Streetfighter V4 terbaru ini dalam bentuk prototaip. Ia dibina menerusi model Panigale V4. Ducati kemudian merekanya dengan hendal lebih lebar. Streetfighter kemudian memakai ‘pakaian baru’ yang menonjolkan keupayaan prestasinya.
“Streetfighter V4 akan menjadi salah satu daripada bintang-bintang di Ducati World Premiere 2020,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.
“Streetfighter V4 adalah versi Panigale untuk menunggang di jalan, jadi tidak ada peringkat yang lebih baik mengujinya di Pikes Peak International Hill Climb untuk apa yang akan menjadi prestasi tertinggi Streetfighter yang pernah dimasukkan ke dalam pengeluaran.”