Sebagai sebuah syarikat tayar yang telah berkecimpung dalam industri sejak 1929, Goodyear Malaysia komited dengan alam sekitar dan masyarakat.
Sebagai salah satu usaha, syarikat itu baru-baru ini menderma sejumlah tayar terpakai kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam (SK 20).
Ia akan digunakan untuk tujuan aktiviti rekreasi dan latihan bengkel untuk memupuk kesedaran kepentingan mengitar semula di kalangan pelajar.
Selain itu, tayar-tayar itu turut digunakan sebagai hiasan. SK 20 berhasrat untuk menggunakan semula tayar-tayar itu untuk membentuk arca yang akan memberikan suasana pembelajaran berbeza untuk pelajar-pelajarnya.
Inisiatif ini dimulakan oleh Aizatul Ashraf, seorang guru di SK 20 yang melihat keadaan sekolah itu agak suram dan kurang ceria.
Kami di Motoqar amat memupuk usaha sebegini kerana bukan sahaja syarikat korporat dapat menyalurkan bahan buangan industri mereka dengan lebih baik, malah masyarakat juga mendapat faedah bahan baru serta pembelajaran kitar semula.