Proton Iriz R5 lulus homologasi FIA, muncul di Goodwood minggu depan

2781

Firma pembina jentera perlumbaan, Mellors Elliot Motorsport akan menampilkan Proton Iriz R5 pada Goodwood Festival of Speed minggu depan, 4-7 Julai.

Walaupun Iriz R5 itu telah muncul di khalayak ramai beberapa kali sebelum ini, kemunculannya minggu depan akan menjadi kemunculan rasmi pertama setelah lulus homologasi FIA.



Jentera dengan enjin 1.6-liter turbo dan pacuan semua-roda (AWD) itu merupakan jentera R5 terbaharu yang mendapat penarafan FIA dan melayakkannya untuk bertanding dalam semua perlumbaan berprestij, termasuklah FIA World Rally Championship.

Direka, dibina dan dibangunkan oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) yang berpengkalan di Bakewell, Iriz itu akan ditayangkan dan beraksi di Forest Rally Stage semasa festival empat hari itu.

Proton Iriz R5 ini juga unik kerana ia merupakan satu-satunya R5 yang diluluskan dalam format pemanduan stereng kiri (LHD) dan kanan (RHD).

Ini akan menjadikan jentera ini lebih berdaya saing dalam pasaran jentera rali kategori ini. Walaupun ia telah beraksi di pentas rali UK dan Ireland, ia belum pernah tampil di Goodwood semenjak menerima penarafan FIA ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here