Quartararo terus bersemangat tiba di Assen

1862

KUALA LUMPUR: PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT) tiba di Sirkit Assen, Belanda dengan berbekalkan detik manis di Grand Prix (GP) Catalunya namun bagi pelumbanya Fabio Quartararo, pasukan harus kekal tenang dan meneruskan usaha seperti mana dilakukan pada tujuh pusingan musim sebelum ini. Quartararo

Quartararo yang menjelmakan penamat podium pertama buat pasukan dan dirinya di Sirkit Barcelona-Catalunya 16 Jun lalu berkata sasaran bagi musim ini masih sama. Iaitu muncul selaku pelumba muka baharu (rookie) terbaik dalam kelas MotoGP.

“Kami tahu apakah sasaran kami (musim ini) iaitu menjadi pelumba rookie terbaik. Jadi kami tidak seharusnya tergelincir daripada sasaran ini dan melangkah secara langkah demi langkah. 



“Sekiranya kami meneruskan usaha sebegini, saya pasti kami akan menikmati kejayaan seterusnya seperti meraih petak utama, podium di GP Catalunya. Kami memperoleh ujian positif di Barcelona, jadi  kami ke Belanda dengan penuh bersemangat,” kata Quartararo atau dikenali dengan gelaran ‘El Diablo‘ itu.

Pada perlumbaan di GP Catalunya, Quartararo, 20, mampu mengatasi rasa sakit di bahagian tangan kanannya yang baru menjalani pembedahan seminggu sebelum saingan bermula. 

“Saya juga sudah pulih daripada pembedahan tangan kanan. Assen adalah sirkit yang saya suka, saya meraih dua penamat podium di sana dan mengharapkan minggu yang baik di sana,” kata Quartararo. Yang pernah meraih penamat kedua dalam kelas Moto2 tahun lalu dan keputusan sama pada 2015 ketika menyertai Moto3. 

Setakat tujuh perlumbaan musim ini, Quartararo kekal mendahului carta rookie terbaik dengan 51 mata. Joan Mir dari Team SUZUKI ECSTAR berada di tangga kedua dengan 22 mata manakala Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) ketiga, 12 mata.  

PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT)

Sementara itu, rakan sepasukannya dari Itali, Franco Morbidelli yang menerima nasib berbeza di GP Catalunya selepas tidak menamatkan perlumbaan meskipun bermula daripada barisan depan, mengharapkan perlumbaan yang lebih baik di Assen.

“Kami sangat pantas dalam ujian (di Barcelona) minggu lalu, jadi kami dapat merasakan sesuatu yang baik menjelang GP Belanda,” kata Morbidelli yang memasuki tahun keduanya dalam kelas MotoGP ini.Quartararo

“Saya harap dengan beberapa perkara baharu yang diuji itu dapat membantu pada hari perlumbaan Ahad ini. Assen adalah sirkit yang saya dapat meraih keputusan baik dan pada 2017, saya pernah menang di sana. 

“Objektif utama adalah untuk menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang bagus. Bagi membenarkan kami meraih sebanyak mana mata termampu untuk kedudukan keseluruhan.”  

Jadual Esok

3 ptg – 3.40 ptg – sesi latihan bebas 1 Moto3

3.55 ptg – 4.40 ptg – sesi latihan bebas 1 MotoGP

4.55 ptg – 5.35 ptg – sesi latihan bebas 1 Moto2

7.15 mlm – 7.55 mlm – sesi latihan bebas 2 Moto3

8.10 mlm – 8.55 mlm – sesi latihan bebas 2 MotoGP

9.10 mlm – 9.50 mlm – sesi latihan bebas 2 Moto2

*waktu Malaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here