Bocor: Adakah ini Honda Jazz Type-R 2020?

2623

Beberapa imej yang dikatakan Jazz Type-R (digelar Fit di beberapa pasaran lain) muncul online di Headlight Mag. Honda Jazz generasi akan datang sedang dalam fasa akhir pembangunannya dan dijangka didedahkan secara rasmi di Tokyo Motor Show Oktober ini.

Rekabentuk Jazz serba baharu nanti lebih..ermm.. comel dari Jazz yang kita biasa lihat. Ia lebih bulat, namun pulangannya ialah ia akan mempunyai ruang dalam lebih luas.



Varian Type-R – menurut imej ini – yang diberikan gaya lebih agresif dan sporti akan diletakkan di bawah Civic Type-R dan bakal berentap secara terus dengan hatchback popular seperti Volkswagen Golf GTi dan Mercedes A250 atau Mercedes-AMG A 35.

Selain dari Jazz asas dengan lampu depan LED, hidung depan pendek dan tiang-A curam dengan gaya MPV kecil, Jazz Type-R akan mendapat panel hitam di gril, lencana merah, kit badan dan rim aloi besar.

Kita juga boleh jangkakan bahawa Jazz Type-R dilengkapi bahan baharu untuk kabin serta beberapa ciri baharu.

Headlight Mag mendakwa bahawa Jazz Type-R ini akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5-liter (kemungkinan besar dengan turbo) yang menghamburkan 220PS dan 250Nm tork. Ini angka yang agak besar untuk enjin 1.5-liter.

Transmisi pula berkemungkinan manual 6-kelajuan tetapi dengan nisbah berbeza dari Civic Type-R. Spesifikasi lain masih belum didedahkan. Sama-sama kita nantikan laporan akan datang bila kami mendapat maklumat lanjut.

Di pasaran global, Jazz 2020 serba baharu bakal diberikan pilihan 1.0-liter turbo 3-silinder, 1.5-liter hibrid dan 1.5-liter diesel.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here