DS7 Crossback tawar alternatif pada BMW X3, Mercedes GLC, Audi Q5

1670

Setelah beberapa kemunculan sebelum ini, DS7 Crossback dilancar secara rasmi hari ini. SUV ini diposisi dalam kelas premium yang menjadikannya alternatif kepada BMW X3, Audi Q5 dan Mercedes GLC.

Penggayaan luarnya memang unik dan elegan, dengan krom melintang DS WING di muka depan, gril hitam heksagon dengan kemasan berlian dan ditatahkan dengan lenjana DS krom.



Varian Performance Line dapat dibezakan dengan tambahan lencana DS Performance Line dan rim 19-inci Beijing Black Onyx.

SUV ini juga didatangkan dengan sistem lampu DS ACTIVE LED VISION unik dengan pilihan lima mod pencahayaan; Town Beam, Country Beam, Motorway Beam, Adverse Weather dan High Beam.

Di belakang, DS7 ini dilengkapi lampu LED DS 3-dimensi dan kemasan hitam bertekstur serta efek tiga-dimensi.

Tema kemasan berlian diteruskan ke dalam kabin. Di depan pemandu ialah paparan instrumen 12.3-inci definisi tinggi. Di tengah pula ialah unit hiburan 8.-inci DS CONNECT yang menyokong Apple CarPlay, Android Auto, Mirror Link dan pangecaj tanpa-wayar.

Performance Line mendapat Alcantara “Basalt Black” dengan jahitan Carmine/Gold dan diselangi dengan penggunaan bahan seperti aluminium untuk pedal.

Sebagai sebuah jenama Perancis, perincian diberikan keutamaan. Jadi, DS7 ini dikemaskan lagi dengan konsol tengah bernama “Clous de Paris” dan jam eksklusif BRM Chronograph yang diletakkan di tengah-tengah papan pemuka.

DS7 Crossback dijana oleh enjin 1.6-liter THP turbo petrol yang menghasilkan 165hp pada 6,000rpm dan 240Nm tork serendah 1,400rpm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatic enam-kelajuan.

Dari aspek keselamatan, DS7 telah menerima penarafan 5-bintang Euro NCAP. Ini kerana ia dilengkapi ABS, ESP, DSC, brake assist, EBD, Emergency Brake Assist (EBA), Anti-skid Regulation (ASR), enam beg udara dan ISOFIX.

DS7 Crossback dijual pada harga RM199,888 (atas jalan tanpa insurans) dan ditawarkan dengan jaminan 5-tahun dan servis percuma 3-tahun (untuk 100 pelanggan pertama sahaja).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here