Quartararo tempah petak depan MotoGP Belanda

1480

ASSEN: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing (PETRONAS Yamaha SRT), Fabio Quartararo mencatatkan rekod sepusingan terbaharu sekali gus membantu dia meraih petak pertama yang ‘mengagumkan’ bagi MotoGP Belanda, esok.

Pelumba berusia 20 tahun itu merakam 1min 32.017saat untuk mengatasi pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan pelumba Suzuki, Alex Rins.

Keputusan di  MotoGP Belanda ini membolehkan dia memenangi petak pertama buat kali ketiga. Selepas muncul pelumba terpantas pada pusingan kelayakan di MotoGP Sepanyol, awal Mei lalu.



“Litar di sini lebih sukar daripada Montmelo jadi saya merasa sedikit kesakitan pada tangan saya,” kata pelumba Perancis itu. Dengan merujuk kepada litar di Catalan yang menyaksikan dia menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang Marc Marquez.

“Apapun, kami bakal memulakan perlumbaan di petak pertama. Kami fokus pusingan demi pusingan dan hari ini, kami berjaya merekodkan dua pusingan yang begitu pantas.

Tiada apa lagi yang boleh saya katakan kerana amat menakjubkan dapat memulakan perlumbaan pada petak pertama di litar ini.”

Juara dunia, Marquez masih mendahului kedudukan selaku pendahulu dengan 140 mata, mengatasi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (103) dan Rins yang hanya ketinggalan dua mata di belakang Dovizioso .

Marquez bagaimanapun bertuah apabila terselamat daripada kemalangan di litar yang digelar ‘Katedral Kelajuan’ itu selepas sedikit tersasar ketika berada di selekoh dan ‘bergoyang’ sebelum berjaya menstabilkan semula posisinya. – 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here