FLORIDA – Satu video menjadi tular apabila seorang anggota polis di Florida, Amerika Syarikat menahan anak perempuannya kerana pemandu cilik itu ‘memandu’ di laluan salah.
Yang paling menarik, pemandu cilik itu baru berusia 10 bulan. Dan hanya menaiki sebuah kereta mainan yang dibeli oleh dirinya sendiri .
Anaknya Talynn ‘memandu’ di laluan salah di kawasan kediaman mereka dan terserempak dengan Alex Kipp iaitu ayahnya yang dalam perjalanan pulang setelah tamat bekerja
Tindakan Kipp mengarahkan Talynn berhenti lalu meminta ‘lesen memandu’ anaknya itu mencuit hati ramai.
Gelagat anak kecil itu yang tertawa gembira melihat bapanya turut menghiburkan.
Ibu Talynn, Chelle Elizabeth yang memuat naik video itu di laman Facebook berkata, insiden tersebut tidak dirancang. Kerana dia hanya memberitahu suaminya mereka keluar berjalan-jalan di kawasan rumah.
Video yang kemudian dikongsi Jabatan Polis Orlando itu menjadi tular dan berita baiknya, Pemandu cilik itu tidak dikenakan hukuman.
Polis Orlando menyiarkan video tersebut dalam jawatan Twitter dengan berkata: “Pegawai Alex Kipp pulang dari kerja ketika dia ‘pull over’ anak perempuannya Talynn untuk memandu di sebelah yang salah jalan.”
Post itu menarik perhatian beratus-ratus komen dan beribu-ribu ‘like’ . Satu komen berbunyi: “Kenderaan ini tidak mengikut undang – undang jalan raya”.
Komen lain : “Maafkan saya wanita kecil , berapa kelajuan yang awak pandu?”