Tuah Litar Fuji – Weiron Tan

1509

PEMANDU berbakat negara, Weiron Tan sekali lagi mencipta kenangan manis di Litar Fuji Speedway, Jepun apabila melakar kemenangan pada saingan Cabaran Blancpain GT Dunia Siri Asia sekaligus kemenangan sulungnya pada perlumbaan itu.Weiron Tan

Weiron dan rakan pasukan Audi Sport Asia Team Absolute Racing, Martin Rump mempamerkan pemanduan cemerlang pada perlumbaan, semalam selepas muncul naib juara keseluruhan dan kedua dalam kelas GT3S, Sabtu lalu.

Momentum positif bersama jentera Audi R8 LMS GT3 itu kemudian dibawa kepada perlumbaan kelmarin untuk muncul pemenang di perlumbaan kedua.



 

Bermula dari petak kelima, gandingan itu melengkapkan 33 pusingan dengan catatan 1 jam 5 minit 0.855s.

Weiron ketika ini berada di tangga kelima keseluruhan mengumpul 80 mata.

Litar Fuji Speedway sebelum ini turut memberi tuah kepada Weiron apabila gandingannya bersama rakan senegara. Nabil Jeffri dan Jazeman Jaafar memenangi perlumbaan di Kejuaraan Endurance Dunia (WEC), tahun lalu.

Ketika itu, trio berkenaan menyertai kelas LMP2 WEC.

“Meraih kemenangan pertama kami untuk musim ini. Yang juga tambahan kepada keputusan naib juara selepas bermula daripada petak ketujuh semalam (kelmarin), tentunya sesuatu yang sangat istimewa.

“Saya harap kami dapat membawa momentum ini ke pusingan seterusnya di Korea. Saya tak sabar untuk menantikan perlumbaan itu,” Weiron Tan.

Pusingan seterusnya untuk Cabaran Blancpain GT Dunia Siri Asia dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Korea pada 4 hingga 5 Ogos depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here