Yamaha Y15ZR- Masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Y15ZR

80623

Yamaha Y15ZR,antara motor yang sekarang “hot” di pasaran dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Jadi ,sebagai pemilik Y15ZR, kita harus menyelenggara jentera dgn sebaiknya.

Di bawah ialah antara beberapa tips yang boleh kami rekomenkan di dalam menjaga jentera Yamaha Y15ZR anda. Di dalam kes ini ,kami khusus dan fokus pada spesifikasi standard sahaja.

Input info ini adalah berdasarkan pengalaman yang kami ada dalam menerima kes kes tuning dan masalah pada jentera Yamaha Y15ZR dan juga pengalaman sedikit yang kami ada dalam fuel injection untuk motosikal fuel injection Yamaha sejak 2013.pemilik Y15ZR



1.EO (engine oil).

  • Yamaha Y15ZR mempunyai struktur enjin yang hampir sama dgn Yamaha LC 135 & Yamaha FZ150i. Seperti yang di syorkan sendiri oleh pihak HLY iaitu minyak enjin dgn viscosity 20W40@20W50.
  • Mahal tidak semestinya bagus.Dalam kes Yamaha Y15ZR berkapasiti 150cc (berkuasa kecil) kita akan menunggang 90% pada RPM tinggi. Jadi EO dgn viscosity 20w40@20w50 ialah pilihan yg tepat. Range harga EO hanyalah dlm bawah RM30 dan pelbagai pilihan anda. Contoh penggunaan 15w50 dan 20w50 dengan oil change interval (OCI) 1500KM. Anda boleh sukat mana yg akan susut cepat.

2. Tuning / Fuel adjustment

  • Di dalam kes ini,terserah pada budget dan keperluan anda samada mahu fuel adjustment pada ECU std menggunakan FID tools ataupun menukar aftermarket ECU untuk pemilik Y15ZR

3. Spark Plug

  • Adakah plug yang mahal itu bagus dan menjamin prestasi motosikal anda?
    Jawapan kami mudah sahaja.Dalam dunia permotoran,sebenarnya sebarang barang @sparepart yang di declare sebagai racing /berprestasi tinggi, tiada istilah plug n play (PNP). Semuanya harus disetting/ tala semula.
  • Dalam kes Yamaha Y15ZR,kami rekomen anda memakai plug NGK CR8E,CR9E. Plug biasa yg harganya sekitar RM10-20 sahaja. Walaupun plug biasa,fuel adjustment harus dibuat untuk memastikan bahan api mencukupi utk pembakaran dlm enjin.
  • Jika anda ingin memakai plug racing / berprestasi tinggi,contoh Plug NGK CR8EIX@CR9EIX (NGK iridium) atau pun Brisk Premium (harga RM80+-) ,pastikan jentera anda di tune /tala samada ECU std menggunakan FID tools ataupun aftermarket ECU (wideband tune on road/ run dyno).
  • Bahan api yang tidak cukup dalam memakai produk berprestasi tinggi boleh menyebabkan Petrol Lean,dan seterusnya membuat engine knocking & kesan jangka panjang pada enjin (blok calar,valve bocor, dan sebagainya)

pemilik Y15ZR

4. Sensor motor tumbang (Lean Angle sensor) pada Yamaha Y15ZR.

  • Tahukah anda Yamaha Y15ZR mempunyai teknologi motosikal berkuasa tinggi ? iaitu Lean angle sensor. Tujuan asal sensor ini adalah untuk disable /matikan enjin semasa anda mengalami kemalangan motosikal pada sudut /degree yang tertentu.
    tetapi ianya menjadi masalah apabila motor anda jatuh parking atau gagal seimbangkan motor. Ada kes kami terima motor Yamaha Y15ZR yang ditunggang laju dan langgar bonggol@lubang di jalan raya dan seterusnya enjin mati dan tidak mahu hidup.

Apa yang perlu pemilik Y15ZR buat jika ianya berlaku?

  • Error code 30 & 41 akan naik dlm system ECU motor anda.
  • Biarkan motor seketika dan cuba start.
  • Jika masih tidak boleh start,cabut lean angle sensor,goncang dan pasang semula.
  • Jika anda memakai ECU std,anda harus clearkan Error code 30&41 ini menggunakan FID tools. 

5. Tips menunggang dan riding handling.

  • Yamaha Y15ZR ialah motor yg berkuasa 150cc. Apabila anda membawa dlm kelajuan 125-130Km/J,RPM anda sudah berada di antara 9,000-1000. Jadi beringatlah semasa menunggang dan kerapkanlah periksa paras minyak enjin dan coolant motosikal anda utk menggelakkan kes “overheat”.
  • Elakkan bawa motor pada RPM tinggi dgn gear rendah. Sejarah telah membuktikan bahawa penggunaan RPM tinggi pada gear rendah ini boleh menyebabkan kerosakan part enjin terutamanya Bearing.
  • Senang cerita, jgn main pickup,main top. ini ayat yang paling mudah utk geng2 motor faham.

7 KOMEN

  1. Y15zr v2 sy tiba xleh start…. Kt monitor langsung xde ape2…..sblm2 tu ok je start skali dh hidup…..

  2. haiii… nak tanya apa part yang perlu saya check bila motor y15zr saya tak boleh nak hidup bila tekan suiz start .. bila tekan hanya dengar bunyi tektektek tapi tak nak hidup..

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here