VW keluarkan Beetle terakhir

1505

PUEBLA, MEXICO: Volkswagen (VW) menghasilkan Beetle terakhir daripada barisan pengeluarannya, sekali gus mengakhiri perjalanan kereta yang bermula dari zaman Nazi Jerman hingga era ‘hippie’, namun gagal berdepan perubahan cita rasa pengguna ke arah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Diiringi pancaragam ‘mariachi’ dan dikelilingi oleh pekerja-pekerja yang megah, unit terakhir kenderaan retro kompak berbentuk bulat itu diraikan di kilang VW dekat sini, lebih 80 tahun selepas model itu diperkenalkan di Jerman.

Kilang Puebla, yang menghasilkan SUV Tiguan, akan mengeluarkan SUB Tarek bagi menggantikan Beetle bermula akhir 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen de Mexico, Steffen Reiche.



Kenderaan yang lebih besar itu lebih popular di Amerika Syarikat (AS), pasaran eksport utama bagi kilang Mexico itu.

Beetle terakhir akan dijual di Amazon.com, langkah yang menjadi simbol masa depan syarikat itu, kata Reiche.

“Hari ini adalah hari terakhir. Ia sangat beremosi,” katanya.

Reka bentuk terkini adalah versi ketiga kereta itu selepas dua pembatalan dan pembangunan semula model ikonik itu.

“Bug”, nama panggilan bagi Beetle membuat kemunculan sulung pada 2038 selepas kenderaan mampu milik itu dibenarkan oleh Adolf Hitler. Bagi menggalakkan pemilikan kereta dalam kalangan rakyat Jerman.

Dengan reka bentuk ranggi dan harga yang tidak mahal, kereta itu menjadi kisah kejayaan selama beberapa dekad dan salah satu model terlaris sepanjang zaman. Selain import terlaris di AS pada 1960-an, menurut beberapa penerbitan automotif.

Pada 1960-an, kereta itu adalah ikon ‘kecil tetapi menawan’ bagi generasi ‘Baby Boom’ pasca perang.

Filem “The Love Bug” 1968 yang menampilkan model itu mencetuskan demam Beetle.

Di sebalik tempatnya dalam budaya popular, jualan Beetle kurang memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengeluar kereta Jerman itu pada September lalu mengumumkan Beetle tidak lagi akan dikeluarkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here